SKØR A SPM 2022: hari pertama
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya para pelajar, guru-guru subjek, warden dan guru yang sama-sama bermusafir di Hotel Seri Malaysia dan tak lupa juga Kepada penceramah-penceramah yang sudi meluangkan masa, wang ringgit dan tenaga untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajar SMAM. TERIMAKASIH DAN TAHNIAH sekali lagi.
Perhimpunan Hari Pertama Persekolahan 2023
Persekolahan semester terakhir bermula pada 3 Januari 2023. Selamat bersekolah semula kepada semua warga SMAM. SEMOGA 2023 MENJANJIKAN KITA TAHUN YANG LEBIH CEMERLANG. Aamiiiiin.
TEMU UJI PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2023/2024
Sabtu 31 Disember 2022, SMA Maran. Ibubapa dan pelajar telah mula hadir ke SMA Maran seawal jam 7.00 pagi. Tahniah kepada semua yang berjaya hadir dan semoga semua akan lulus dengan cemerlang.

