Terimakasih Encik Adnan AD6 atas sumbangan naskhah Al-Quran untuk pelajar tahfiz smam
Warga SMAM mengucapkan terimakasih yang tak terhingga kepada Encik Adnan AD6 yang telah menumpang 130 naskhah Al-Quran untuk kegunaan pelajar-pelajar tahfiz SMAM. Semoga ALLAH swt memberikan ganjaran pahala yang terbaik dan berterusan kepada beliau. InsyaALLAH
Solat Hajat Perdana Sempena SMA & SPM 2022
Majlis bermula seawal jam 6.45 petang dengan kehadiran pelajar, guru-guru dan ibubapa. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yasin dan tahlil. Seterusnya Solat Isyak, ucapan wakil pentadbir dan jamuan makan.
PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2022
Akan bermula Isnin 16 Januari dan berakhir pada 26 Januari 2022. Semoga semua calon SMA 2022 mendapat kejayaan yang cemerlang. InsyaALLAH
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) TINGKATAN 1 - 3 2022 UNTUK SUBJEK BUUTH
Akan bermula dari Rabu 25 Januari hingga 31 Januari 2022. Selamat menduduki ujian dan semoga semua mendapat keputusan yang cemerlang.

