Selamat Menghadapi Peperiksaan. SPM 2022
Peperiksaan SPM bertulis akan bermula pada hari Isnin 20 Februari 2023 dengan dimulai oleh Subjek Bahasa Melayu dan akan berakhir pada 9 MAC 2023 iaitu kertas Bahasa Arab. Selamat berjaya kepada semua calon.
Selamat Bercuti Akhir tahun sesi 2022/23
Admin mengucapkan selamat bercuti akhir persekolahan 2022/2023 yang bermula pada 18 Februari 2023 hingga 20 Mac 2023. Kepada calon-calon SPM 2022, selamat menghadapi peperiksaan SPM 2022 yang akan bermula pada 20 Februari 2023. Semoga kejayaan berjaya digenggam. InsyaALLAH
Dialog ibu bapa tingkatan 1 hingga 3
Majlis bermula selepas jam 10.30 pagi di kelas tingkatan 1 hingga 3. Dalam majlis ini ibubapa bertemu muka dengan guru kelas dan menerima keputusan Ujian Akhir Sesi Akademik, laporan PBD dan sijil-sijil pencapaian kokurikulum anak masing-masing.
Solat Dhuha, Solat Hajat dan Tazkirah Jumaat 17 Februari 2023
Majlis diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Idris. Alhamdulillah.

