Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 sesi 2023/2024
Sesi pendaftaran bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.40 tengahari. Seramai 48 daripada 75 pelajar telah berjaya didaftarkan pada hari ini. Admin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru SMAM yang hadir bersama ibubapa masing-masing pada hari ini untuk mendaftarkan diri. Tahniah juga kepada tenaga kerja yang terlibat.
Kelas Tambahan Intensif Sepanjang Perjalanan SPM 2022
Kelas Tambahan ini diadakan di sepanjang tempoh senggang antara subjek SPM untuk membantu pelajar membuat persediaan terakhir untuk SPM mereka. Semoga semua pelajar dapat belajar dengan baik dan dapat menjawab soalan SPM dengan cemerlang. InsyaALLAH

