Perlaksanaan SEGAK
Pada hari Sabtu bersamaan 11 Mac 2017, satu sesi perlaksanaan program SEGAK untuk pelajar-pelajar lelaki tingkatan 2 hingga 4 telah dilaksanakan oleh setiusaha sukan SMAM iaitu Ustaz Zakwan B Mohd Rosli. Program bermula seawal jam 9.30 pagi di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Tahniah kepada semua yang terlibat
Latihan Kebakaran (Fire Drill) Asrama
Alhamdulillah, SMAM telah berjaya menjalankan satu latihan kebakaran iaitu Pengosongan Bangunan pada malam 10 Mac 2017 pada pukul 12.30 malam. Terimakasih yang tak terhingga kami ucapkan kepada pasukan bomba Maran yang sudi memberi kerjasama, bantuan, nasihat dan taklimat kepada warga SMAM yang terlibat. Antara staff SMAM yang terlibat pada malam itu ialah semua warden diketuai oleh ketuanya Ustaz Sarafi, Ustaz Rahimi, Ustaz Azrul, Cikgu Nadia, Ustaz Zakwan, Cikgu Abdullah dan Tuan...
Suntikan Tetanus
Pada hari Rabu bersamaan 9 Mac 2017, satu sesi suntikan Tetanus telah dijalankan oleh Klinik Kesihatan Maran terhadap pelajar-pelajar tingkatan 3 SMAM. Terimakasih diucapkan kepada doktor dan jururawat yang terlibat.
UMP Advanced Hulur Sumbangan RM10 000 kepada SMA Maran
Alhamdulillah, pada hari Ahad bersamaan 5 Mac 2017, pihak UMP Advanced telah sudi menyampaikan sumbangan sebanyak RM 10000 kepada tabung bencana kebakaran SMAM. Sumbangan telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Maran Dato' Sri Ismail B Haji Muttalib yang diiringi oleh Pengarah UMP Advanced En Ahmad Azmey. Terimakasih diucapkan.