Lawatan Pegawai Kesihatan Maran ke SMAM
Pada hari Selasa bersamaan 23 Januari 2018, satu lawatan telah dilakukan oleh pihak kesihatan Maran ke SMAM. Ini adalah berikutan berlaku banyak kes sakit perut di kalangan pelajar pada hari Isnin 22 Januari 2018 dan hari Selasa 23 Januari 2018. Sekumpulan pegawai kesihatan telah datang untuk menemuramah pelajar-pelajar SMAM di dewan Tun Abd Razak SMAM untuk mencari punca permasalahan. Pengarah Kesiahatan Maran turut sama turun meninjau SMAM dan memberikan taklimat pendek untuk...
Taklimat SPSMA
Pada hari Selasa bersamaan 23 Januari 2018, satu taklimat sistem SPSMA telah disampaikan oleh pihak JAIP kepada guru-guru penyelaras tingkatan dari semua SMAN di bilik mesyuarat SMAM. Program bermula seawal pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengahari. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Hairuddin dari JAIP.
Lawatan Ke Tapak Asrama Oleh Kontraktor Binaan
Pada hari Isnin 22 Januari 2018, satu lawatan oleh kontraktor-kontraktor yang berminat untuk membida tender pembinaan ASPURI yang baru telah diadakan. Program disertai oleh kontraktor, wakil JAIP, wakil JKR dan wakil SMAM. Taklimat telah diberikan oleh Jurutera Daerah Maran En Zaky Bin Zakaria bersama KPP Khidmat Pengurusan JAIP Encik Nik Mohd Azrul Bin Abd Ghafar. Dalam lawatan ini, borang-borang masuk harga tender telah diedarkan kepada semua kontraktor yang berminat...
Mesyuarat MASISUPA Zon 2 Di SMAM
Alhamdulillah, pada hari Isnin 22 Januari 2018, telah dijalankan mesyuarat pengelolaan MASISUPA Zon 2 di Bilik Mesyuarat SMAM bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.30 tengahari. Mesyuarat di hadiri oleh pengetua, GPK Koku, dan SU Koku dari SMA Maran, SMA Al-Ihsan, SMA Pulau Tawar, Maahad SAS dan SAR Al-Irsyad Balok. Mesyuarat membincangkan perjalanan dan pengelolaan MASISUPA Zon 2 yang akan berlangsung di SMA Pulau Tawar.