Bengkel Modul Inspirasi YaPEIM 2018 - Subjek Sejarah
Ahamdulillah, satu bengkel kecemerlangan SPM 2018 telah dianjurkan oleh pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk subjek Sejarah pada 8 September 2018 bertempat di Bilik Seminar dan Bilik Gerakan PPD Maran. Program ini melibatkan semua sekolah menengah di Maran samada sekolah kebangsaan ataupun sekolah agama. Alhamdulillah SMA Maran juga telah dijemput menghadiri program ini. SMAM telah diwakili oleh guru sejarah SPM iaitu Cikgu Nur Hariyah Bt Mohamad Noor....
Kerohanian Jumaat (7 September 2018)
Alhamdulillah, program kerohanian diteruskan seperti biasa pada perhimpunan hari Jumaat 7 September 2018. Bacaan Al-Quran secara beramai-ramai telah dilaksanakan dengan diketuai oleh Saudara Asyraaf (tingkatan 5A) dan Saudara Afiq (tingkatan 3A). Hari ini juga merupakan hari balik kampung untuk cuti selama 4 hari iaitu dari 8 September - 11 September 2018. Selamat bercuti dan jaga keselamatan dan kesihatan sepanjang cuti. InsyaALLAH kita berjumpa semula pada hari Rabu 12...
Selamat Bercuti 8 September - 11 September 2018
SMAM akan bercuti dari hari Sabtu 8 September 2018 hingga Selasa 11 September 2018 bersempena Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agung dan Awal Muharram. Selamat bercuti dan jaga keselamatan diri. Semoga bertemu semula di SMAM pada Rabu 12 September 2018. InsyaALLAH.
Selamat Hari Jadi Ustaz Khairun Nas
Warga SMAM mengucapkan selamat hari jadi kepada Ustaz Khairun Nas yang telah menyambut hari jadi beliau pada hari ini 7 September 2018. Semoga beliau sentiasa dalam RAHMAT dan KASIH SAYANG ALLAH di dunia dan akhirat dan sentiasa suksess dalam semua bidang yang beliau ceburi. InsyaALLAH.

