Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Mesyuarat Post-Mortem 4K 2018

   Mesyuarat Post-Mortem 4K 2018 telah diadakan di SMA ittifaqiah Guai pada hari Isnin 14 Januari 2019. SMA Maran diwakili oleh Ustaz Syarafi selaku Ketua Warden dan Ustaz Azrul yang mewakili Setiausaha 4K SMAM. Semoga ianya akan memberi lebih banyak idea untuk 4K 2019. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Perhimpunan Rasmi Isnin 14 Januari 2019

     Pada perhimpunan rasmi Isnin 14 Januari 2019, Ucapan telah disampaikan oleh Guru Bertugas- Ustazah Aisyah, Guru PETKA - Cikgu Noraza, dan Setiausaha Kokurikulum - Ustaz Khairun Nas. Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Sekolah dan PSS yang dijadualkan hari ini ditangguhkan kerana Pengetua SMAM terlibat dalam mesyuarat.
    Guru bertugas untuk minggu 14 - 18 Januari ialah:
    1. Ustazah Aisyah
    2. Ustaz Farek.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Persediaan Untuk MASISUPA 2019 SMAM

    Persiapan sedang giat dijalankan untuk menyediakan prasarana bagi latihan MASISUPA 2019. Pada Sabtu 12 Januari 2019, SU Sukan dengan dibantu oleh beberapa pelajar SMAM telah menyiapkan garisan gelanggang Takraw yang berdekatan dengan ASPURA untuk latihan menghadapi MASISUPA Zon 2. Semoga SMAM akan berjaya dengan cemerlang dalam MASISUPA 2019 nanti. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019