Gotong Royong Menambun dan Meratakan Pasir di Gelanggang Bola Tampar Perempuan
Satu gotong royong telah diadakan pada petang Jumaat 18 Januari 2019 yang melibatkan kerja-kerja menambun dan meratakan pasir di gelanggang bola tampar perempuan. Gotong royong melibatkan pelajar-pelajar lelaki tingkatan 3. Tahniah.
Orientasi Pelajar Tingkatan 1 Asrama SMAM
Orientasi pelajar tingkatan 1 SMAM telah bermula pada petang Jumaat 18 Januari 2019 di Dewan Tun Abd Razak. Ianya diuruskan oleh Exco Asrama dan Warden-warden. Sesi pertama bermula dari jam 3.00 - 5.00 petang. Tahniah dan selamat maju jaya.
Mesyuarat AJK Disiplin SMAM kali Pertama
Mesyuarat AJK Disiplin SMAM kali pertama telah diadakan pada petang Jumaat 18 Januari 2019 bermula dari 3.30 pm sehingga 5.30 pm. Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat SMAM.
Perhimpunan Pagi Jumaat 18 Januari 2019
Perhimpunan pagi Jumaat 18 Januari diisi dengan bacaan Al-Quran secara beramai-ramai dan kemudiannya ucapan oleh Ustazah Jazlina selaku guru pengawas dan disiplin tentang beberapa masalah disiplin di SMAM.

