Perhimpunan Rasmi Isnin 28 Januari 2019
Perhimpunan Isnin 28 januari 2019 dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Allah selamatkan sultan kami dan lagu sekolah. Selepas itu ucapan disampaikan oleh Ustazah Jazlina, Ustaz Rahimi, Cikgu Hairiyah, Ustaz Zakwan dan akhirnya ditutup dengan ucapan oleh pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin. Sebelum bersurai, pengawas dan guru disiplin memeriksa pematuhan disiplin pakaian pelajar dan rambut.
Latihan Ilmiah Rumah Hijau
Latihan ilmiah rumah hijau (Ibnu Taimiyyah) telah diadakan pada petang Sabtu 26 januari 2019 bertempat di PSS dan Bilik Tayang. Latihan disertai oleh wakil-wakil pertandingan ilmiah setiap kategori. Latihan ini diselia oleh Ketua Guru Penasihat rumah hijau, Ustaz Azrul. Semoga setiap usaha akan membuahkan kejayaan cemerlang. InsyaALLAH.
Program "Jom Sihat" anjuran Pusat Internet Berkat, Maran
Program "Jom Sihat" telah diadakan hari ini Sabtu 26 Januari 2019 di Pusat Internet Berkat, Maran. Ini merupakan program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Berkat. Sebelum ini telah diadakan pertandingan menulis artikel bertajuk "amalan gaya hidup sihat" dan ada hari ini telah diumumkan pemenang-pemenangnya.
Warga SMAM mengucapkan Tahniah Atas Perlantikkan Yang Dipertuan Agong Ke-16
Kami warga SMAM merafak sembah mengucapkan tahniah atas perlantikkan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah yang pada hari Khamis 24 Januari 2019 ini telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019. Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini. Baginda menggantikan Sultan...

