Persediaan MASISUPA 2019 - Latihan Sempena Cuti Pertabalan YDP Agong Malaysia 31 Januari 2019 : Bola Tampar Perempuan
Pasukan Bola Tampar Perempuan turut sama membuat latihan di bawah seliaan Ustazah Jazlina dan suaminya Ustaz Nor Hamidun. Semoga kejayaan yang diinginkan akan diraih. InsyaALLAH.
Persediaan MASISUPA 2019 - Latihan Sempena Cuti Pertabalan YDP Agong Malaysia 31 Januari 2019: Bola Jaring
Latihan bola jaring oleh pasukan SMAM diteruskan dengan mengambil peluang hari cuti sempena Pertabalan YDP Agong Malaysia ke 16 hari ini Khamis 31 Januari 2019. Latihan di selia oleh Cikgu Norasyikin yang juga merupakan warden ASPURI.
Wajah-wajah ceria pada hari Pertama MASISUPA Sekolah 30 Januari 2019
Hidup yang ceria insyaALLAH akan mengurangkan stress.
Hari Tanpa Songkok 30 Januari 2019
Hari tanpa songkok masuk kali ke 3 perlaksanaan pada hari ini Rabu 30 Januari 2019. Ianya bertujuan menguatkuaskan etika rambut di kalangan pelajar yang selalunya menyembunyikan rambut panjang dan tak mengikut peraturan sekolah di bawah songkok yang dipakai.

