Mesyuarat Warden dan Pengusaha Dewan Makan SMAM
Mesyuarat Warden dan pengusaha dewan makan telah diadakan pada hari ini Isnin 19 November 2018 di Bilik Mesyuarat SMAM pada pukul 10.00 - 11.30 pagi. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengetua, Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin. Mesyuarat turut dihadiri oleh GPK HEM yang baru Ustazah Azifah.
Kursus Jenazah teori dan Amali
Kursus jenazah teori dan amali telah diadakan di Surau ASPURA dan Surau ASPURI pada Isnin 19 November 2018 bermula dari pukul 11.00 - 2.30 petang. Program diselaraskan oleh Ustaz Farek, Ustaz Ghazali, Ustaz Shamsuddin Hussain, Ustazah Syarkiah dan Ustazah Ummu.
Jamuan Akhir Tahun Kelas 2S
pelajar-pelajar kelas 2S telah diadakan di Kantin sekolah pada jam 10.00 - 11.00 pagi Isnin 19 November 2018. Jamuan di selaraskan oleh guru kelas 2S, Cikgu Adillah. Terimakasih kerana menjemput guru-guru bersama-sama menghadiri jamuan tersebut. Tahniah dan terimakasih.
PERTANDINGAN KHAT IMLAK
Pertandingan ini diadakan di Kantin Sekolah SMAM pada pagi Isnin 19 November 2018. pertandingan disertai oleh semua pelajar tingkatan 1 hingga 3. Pertandingan diselaraskan oleh Ustaz khairun Nas, Ustaz Azrul, Cikgu Hidayah dan Ustazah Nurhayati