Terimakasih Diucapkan Kepada Semua Pengawai-pegawai Jabatan Mufti dan Penceramah Karnival Ko-Falak
Warga SMAM mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua yang bertanggungjawab menjayakan Karnival Ko-Falak terutamanya pegawai-pegawai Jabatan Mufti, Penceramah-penceramah dan Pegawai Jabatan ukur. Juga tahniah kepada warga SMAM yang menjayakan aktiviti ini. Tahniah.
Karnival Ko-Falak SMAM 2019: Slot 5 - Pencerapan Cakerawala
Sesi pencerapan cakerawala telah dilakukan di luar Dewan Tun Abd Razak di tapak perhimpunan bersebelahan dewan. 2 teleskop telah digunakan di mana satu dibekalkan oleh Jabatan Mufti dan satu lagi dibawa oleh Jabatan Ukur Pahang. Peserta bergilir-gilir memerhatikan cakerawala di bawah bimbingan Encik Shahrin Bin Haji Ahmad. Suasana amat meriah pada sesi ini dimana para peserta amat teruja untuk menggunakan teleskop yang disediakan.
Karnival Ko-Falak SMAM 2019: Slot 4: Mengenal Planet, Bintang, Galaksi dan Cakerawala
Slot ke-4 Karnival Ko-Falak disampaikan oleh Encik Shahrin. Slot bermula dari pukul 9.00 hingga 10.30 malam. Beliau membincangkan mengenai cakerawala dan memperkenalkan sistem planet, bintang, galaksi dan alam semesta dan menghubungkannya dengan dunia kita dan kita. Sesi ini amat menarik dan mendapat perhatian peserta kerana beliau menggunakan multimedia untuk menunjukkan ciri-ciri yang ada pada jasad samawi. Ceramah beliau juga di selang seli dengan jenaka.
Karnival Ko-Falak SMAM 2019: Slot 3 - Pengembaraan Cakerawala dan Simulasi Falak
Slot 3 disampaikan oleh Encik Shahrin Bin Hj Ahmad dari falak online. Beliau menerangkan mengenai cakerawala dan menunjukkan simulasi falak. Sesi yang amat menarik dan diselangi oleh jenaka dari beliau.

