Terimakasih Diucapkan Kepada Cikgu Fatihah
Terimakasih kepada Cikgu Fatihah Binti Wahid Anuar yang telah menamatkan perkhidmatan beliau di SMAM pada 1 Mac 2019 untuk memulakan perkhidmatan beliau dalam bidang yang lain. Beliau mula berkhidmat di SMAM pada 11 Februari 2019. Jasa-jasa anda akan kami kenang dan semoga terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi. insyaALLAH.
Terimakasih Diucapkan Kepada Cikgu Nurin
Warga SMAM mengucapkan ribuan terimakasih kepada Cikgu Nurin Qistina binti Muhamad Jufri yang telah menamatkan khidmat beliau di SMAM pada 25 Februari 2019 yang lalu untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau sempat mengajar di SMAM hampir sebulan bermula dari 28 Januari 2019. Terimakasih atas jasa-jasa beliau dan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. InsyaALLAH.
Ceramah dan Saringan Talasemia
Ceramah dan saringan Talasemia telah diadakan ke atas pelajar-pelajar tingkatan 4 SMAM pada hari ini Selasa 5 mac 2019 di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Program ini adalah anjuran pejabat kesihatan Maran dan diketuai oleh Doktor Khairul Azwan bin Ismail. Terimakasih kami ucapkan kepada pasukan kesihatan ini.
Thobur Sobahi 5 Mac 2019
Thobur Sobahi Selasa 5 mac 2019 melibatkan lakonan dialog Bahasa Arab antara 2 pengawas bertugas iaitu Shahnur dan

