hari Tanpa Songkok 6 Mac 2019
Hari Tanpa Songkok SMAM adalah untuk memastikan pelajar mematuhi peraturan mengenai rambut. Ini kerana rambut pelajar-pelajar dapat dilihat dengan jelas tanpa songkok.
Thobur Sobahi 6 Mac 2019
Thobur Sobahi 6 Mac 2019 melibatkan lakonan dialog antara 2 pelajar terpilih dan seterusnya dialog tersebut di ucapkan beramai-ramai oleh pelajar-pelajar lain. Selepas itu guru bertugas memberikan ucapan dengan menggunakan Bahasa Inggeris sempena Thobur Sobahi Rabu 6 Mac 2019. Semoga program ini akan meningkatkan motivasi pelajar untuk menggunakan kedua-dua bahasa tersebut.
Perhimpunan Pagi Rabu 6 Mac 2019
Perhimpunan pagi Rabu 6 Mac 2019 diadakan bermula dari pukul 7.15 pagi dengan nyanyian Asma Ul-Husna dan diikuti dengan bacaan Al-Quran beramai-ramai diketuai oleh pengawas bertugas. Seterusnya dijalankan program Thobur Sobahi dan kemudian ucapan diberikan oleh guru bertugas minggu ini Cikgu Wan Amran.
Bengkel Memanah Recurve di Al-Kuliyyah Pekan
Bengkel memanah "Recurve" anjuran JAIp telah diadakan di Al-Kuliyyah Pekan dari 4 - 5 Mac 2019. Bengkel ini dihadiri oleh 2 guru dari setiap SMAN Pahang. SMAM diwakili oleh GPK Kokurikulum Cikgu Aminah Murni dan Cikgu Syaima.

