SPM 2021 hari ke 5
Subjek hari ini ialah Matematik kertas 1 & 2 pada jam 8.00 - 9.00 pagi (kertas 1) dan 10.30 pagi - 1.00 tengahari (kertas 2). Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan cemerlang.
Spm 2021 hari ke 4
SPM 2021 hari ke-4 melibatkan kertas Sejarah iaitu Sejarah Kertas 1 pada jam 8.00 hingga 9.00 pagi dan Sejarah kertas 2 jam 10.15 pagi hingga 12.45 tengahari. Semoga semua calon dapat menjawab dengan cemerlang.
Pembinaan pondok sekitar SMAM
Alhamdulillah. Pemasangan pondok di sekitar SMAM telah selesai dijalankan. Pondok-pondok ini adalah bertujuan untuk dijadikan tempat rehat, tempat belajar dan tempat perjumpaan antara ibubapa dan pelajar-pelajar.
Tahniah kepada semua guru COS DG 41 SMAM atas penempatan anda
Warga SMAM mengucapkan tahniah kepada semua guru COS DG 41 SMAM khususnya dan SMAN amnya kerana telah ditempatkan ke sekolah-sekolah baru hari ini Selasa 8 Mac 2022.