Selamat Bersara
Selamat bersara diucapkan kepada Selamat bersara diucapkan mantan pengetua SMA Dong, Cikgu Mazril bin Yahya dan mantan pengetua SMA Al-Basriah Ustazah Hayati Hanim Binti Ahmad Dawa. Semoga berbahagia di alam persaraan.
Hari Terakhir SPM 2021: Kertas Ekonomi
Warga SMAM mengucapkan selamat menjawab dengan cemerlang kepada semua calon SPM 2021 SMAM. Semoga ALLAH mengurniakan kejayaan cemerlang kepada semua.
Persediaan Terakhir Pelajar SPM 2021 SMAM untuk subjek terakhir SPM 2021 hari ini
Diucapkan selamat berjaya kepada semua calon SPM 2021 SMAM yang akan menamatkan peperiksaan mereka pada hari ini Selasa 29 Mac 2022. Mereka akan mengambil kertas Ekonomi bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.45 tengahari yang melibatkan kertas 1 dan kertas 2. Sama-sama kita doakan kejayaan mereka. InsyaALLAH
Program Libat Urus Bersama JAIP, MUIP dan Pengetua SMAN serta Tahfiz Negeri Pahang
Program diadakan di Sri Manja Boutique Hotel pada hari ini Selasa 29 Mac 2022. SMAM diwakili oleh Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Sahamsudin.