Dilaksanakan di Bilik KHB, SMAM pada hari Sabtu 30 November 2024 dari jam 8.30 pagi - 1.30 petang. Penceramah yangdijemput ialah Ustaz M. Nazom bin Mohd Yusof.
Majlis diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.15 tengahari. Alhamdulillah, sambutan dari ibu bapa sangat baik untuk majlis tersebut. Hampir 85% ibu bapa/penjaga hadir untuk sesi dialog dengan guru kelas dan guru matapelajaran. Terimakasih.
Kupon diberikan dalam majlis ringkas semasa perhimpunan Rasmi Isnin 18 November 2024 di Dewan Tun Abd Razak. Kupon diberikan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan Percubaan SPM yang dibandingkan dengan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Kupon diberikan mengikut peningkatan dalam semua subjek SPM.