Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Kuiz Alam Sekitar 2018

    Seramai 4 orang pelajar lelaki SMAM dengan diiringi oleh Ustaz Khairun Nas telah menyertai Kem Kuiz Alam Sekitar 2018 anjuran Jabatan Alam Sekitar Malaysia yang diadakan di Kem PLKN Chini bermula pada 3 Julai 2018. Rombongan SMAM ini telah berlepas dari SMAM pada jam 10.30 pagi pada 3 Julai 2018. Semoga selamat pergi dan balik dan berjaya mendapat tempat terbaik dalam kuiz tersebut. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Gotong Royong Perdana Kali Pertama 2018

   Alhamdulillah, gotong royong perdana kali pertama telah selamat dijalankan pada hari Sabtu 30 Jun 2018 yang juga merupakan hari sekolah ganti untuk cuti tambahan PRU 14 dahulu. Warga SMAM telah dipecahkan kepada zon-zon tertentu untuk perlaksanaan gotong royong ini yang melibatkan seluruh kawasan SMAM. Diharapkan gotong royong ini akan dapat meningkatkan kebersihan,keceriaan,kerohanian dan keselamatan di SMAM. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Bengkel Kecemerlangan YaPEIM dan Kursus KSSM 2018

    Alhamdulillah pada minggu 25 Jun hingga 29 Jun 2018, guru-guru SMAM telah terlibat dalam pelbagai kursus KSSM Daerah Maran. SMAM juga turut sama dijemput untuk menghadiri Bengkel Modul Kecemerlangan Sains SPM YaPEIM yang disampaikan oleh guru cemerlang Sains dari Kedah iaitu Cikgu Ismi Kamarul Sham. Banyak ilmu baru yang berguna telah dikongsikan oleh beliau dengan 22 orang 22 guru Sains Daerah Maran termasuklah 2 guru dari SMAM dan Maahad SHAH Bandar Jengka. Terimakasih kerana...

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Selamat Kembali Ke Sekolah

       Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SMAM. Hari Isnin 25 Julai merupakan hari pertama untuk semester ini. Semester baru ini menjanjikan lebih banyak cabaran antaranya pemantauan ISO, pemantauan 4K dan yang palin penting sekali peperiksaan awam yang bakal dihadapi pelajar-pelajar iaitu SMA, PT3 dan SPM. Semoga semester ini menyaksikan komitmen pelajar yang lebih baik untuk memastikan peningkatan pencapaian secara jasmani, emosi, rohani dan intelektual....

Tag: SMAM 2018