Majis bermula pada jam 12.00 tengahari di Teratak Bonda, Sungai Ling Maran selepas selesai peperiksaan SPM kertas terakhir. Ianya dihadiri oleh semua calon SPM, guru-guru SPM, warden-warden, AJK PIBG dan pihak pentadbiran SMA Maran. Semoga ALLAH swt merahmati semuanya. InsyaALLAH.
Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2025 yang telah selamat menduduki kertas terakhir SPM subjek Bahasa Arab pada hari Selasa 23 Disember 2025. Semoga ALLAH swt memberikan kejayaan cemerlang kepada calon SPM 2025. InsyaALLAH