KURSUS MOTIVASI KEPIMPINAN ini diadakan pada 27 September 2025(Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di Kompleks Rakan Muda Maran. Ianya melibatkan 58 orang pelajar yang terdiri dari pengawas sekolah dan exco asrama. Semoga semua pemimpin pelajar terlibat akan bermotivasi untuk menjalankan tugas mereka dalam memimpin dan juga dalam pembelajaran mereka. InsyaALLAH.
Majlis bermula dari jam 9.00 pagi di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Ianya terbahagi kepada 2 sesi. Sesi pagi sehingga jam 2.00 petang untuk pameran buku. Untuk sesi ini pelajar dibahagikan mengikut kelas-kelas pada waktu-waktu yang telah dijadualkan untuk pameran buku dan bertemu dengan penulis-penulis. Dari jam 3.00 hingga 5.00 petang pula diadakan sesi ceramah motivasi di dewan.
Perhimpunan pagi bermula dari jam 7.20 pagi dan berakhir pada jam 8.10 pagi dan disambung dengan ceramah Anti-Buli dari Inspektor Muhaimin selaku Pegawai Polis Perhubungan Sekolah. Majlis berakhir pada jam 8.45 pagi. Semoga semua pelajar mendapat input yang berguna dan mengamalkannya supaya tiada lagi kejadian buli berlaku di asrama dan sekolah. InsyaALLAH.