Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Persediaan MASISUPA 2019 - Latihan Bola Sepak 25 Februari 2019

    Latihan bola sepak Isnin 25 Februari 2019 diadakan di padang Majlis Daerah Maran (MDM) bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Ini adalah untuk membiasakan pemain-pemain dengan padang bersaiz standard memandangkan padang SMAM adalah kecil berbanding saiz standard. Ini juga untuk mengelakkan daripada bola terkena duri sawit yang ada disekitar padang SMAM. 

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Perhimpunan Pagi Isnin 25 februari 2019

    Perhimpunan pagi Isnin bermula pada pukul 7.15 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamatkan Sultan Kami dan lagu SMAN. Seterusnya ucapan diberikan oleh Cikgu Asmar, Ustaz Khairun Nas, Cikgu Hairiyah, Ustazah Azifah, Cg Aminah Murni, Cikgu Nur Hazirah dan Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin


    Guru bertugas bagi minggu ini ialah:
1. Ustaz Khairun Nas
2. Cikgu Nur hazirah

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Karnival Ko-Falak SMAM 2019: Slot 5 - Pencerapan Cakerawala

    Sesi pencerapan cakerawala telah dilakukan di luar Dewan Tun Abd Razak di tapak perhimpunan bersebelahan dewan. 2 teleskop telah digunakan di mana satu dibekalkan oleh Jabatan Mufti dan satu lagi dibawa oleh Jabatan Ukur Pahang. Peserta bergilir-gilir memerhatikan cakerawala di bawah bimbingan Encik Shahrin Bin Haji Ahmad. Suasana amat meriah pada sesi ini dimana para peserta amat teruja untuk menggunakan teleskop yang disediakan.

Tag: SMAM 2019