Perhimpunan Khamis 25 April 2019 bermula pada jam 7.15 pagi dengan nyanyian Asma Ul-Husna dan seterusnya bacaan Al-Quran beramai-ramai yang dipimpin oleh pengawas bertugas, Saudara Salahuddin. Seterusnya program Thobur Sobahi, ucapan Ustaz Azrul, ucapan Ustazah Jazlina, ucapan Ustazah Azifah dan Ustaz Shamsuri.
Program Kitar Semula sempena pesta tasik Maran 2019 telah diadakan di Taman tasik Maran pada hari ini Rabu 24 April 2019 bermula dari pukul 2.00 petang. Pelajar-pelajar SMAM yang terlibat telah hadir ke program ini dengan diiringi oleh guru pengiring iaitu Cikgu Nurul Izzah. Semoga ianya akan meningkatkan lagi kesedaran semua untuk mengitar semula. InsyaALLAH.
Satu program perjumpaan guru-guru PERHATI telah diadakan pada hari ini Rabu 24 April 2019 di SMK Desa Jaya, Bandar Tun Abd Razak Jengka. SMAM diwakili oleh Cikgu Immazura.