Alhamdulillah norma baharu persekolahan terus diamalkan di SMAM untuk memastikan kesihatan, keselamatan dan keselesaan pelajar-pelajar. Semoga semua warga SMAM dihindari dari COVID-19. Insya ALLAH.
Alhamdulillah, SMAM dengan diwakili oleh Pengetua, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin telah menerima sumbangan peralatan kesihatan di majlis Majlis Penyampaian Sumbangan Dan Peralatan Kesihatan Sempena Pembukaan Sekolah Pasca COVID-19 pada Khamis 25 Jun 2020. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, SSAP., DIMP., AMP., AMN., Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran Dan Kesihatan Negeri Pahang. Alhamdulillah.
Warga SMAM mengucapkan selamat datang kepada Ustazah Aisyah Asma' yang merupakan seorang guru ASPA yang berpindah dari Pusat Bahasa Pekan ke SMA Maran. Semoga beliau akan selesa dan sukses di SMAM. Insya ALLAH.
Pemantauan pematuhan SOP pembukaan sekolah telah dilaksanakan di SMAM oleh Pegawai JAIP Ustaz Azmi Murad dan pegawai perhubungan polis sekolah inspektor Hafiz pada hari ini Rabu 24 Jun 2020.