Perhimpunan pagi diadakan di dalam kelas kerana mematuhi norma baru persekolahan pasca COVID-19. Ketua pelajar SMAM Nur Haziq mengetuai bacaan Al-Quran dengan menggunakan siaraya di pejabat. Tahniah.
Sempena Norma baru pasca COVID-19, pengetua dengan bantuan staff sekolah iaitu encik Napi, encik Nizam dan encik Shamsul telah menampal peringatan Norma baru di sekitar kawasan sekolah dalam Bahasa Arab untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Arab. Tahniah.
Persekolahan hari kedua minggu kedua pasca COVID-19 menyaksikan pengamalan norma baru persekolahan seperti pengambilan suhu badan bagi semua individu yang masuk ke kawasan sekolah termasuklah guru,pelajar,staff,pekerja kantin dan pekerja dewan makan. Tahniah kepada semua yang terlibat.