Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Pemantauan Pematuhan SOP Pembukaan Semula Sekolah pada 24 Jun 2020 oleh JAIP

   Pemantauan kepada pematuhan SOP pembukaan semula sekolah pada 24 Jun 2020 telah dilaksanakan oleh kumpulan 8 orang pegawai JAIP yang mana diantaranya ialah Ustaz Zaharudin, Dr Saliturrahim dan Encik Salleh. Pemantauan pada Khamis 18 Jun 2020 ini bermula pada jam 9.00 pagi dan selepas sesi pemantauan dijalankan sesi "briefing" telah diadakan di Bilik Komputer SMAM yang dihari oleh semua pentadbir SMAM.

Tag: SMAM COVID-19 2020

Papar Artikel

Persediaan Asrama untuk Pembukaan Semula Sekolah pada 24 Jun 2020

    Persediaan asrama untuk menerima pelajar yang akan memulakan persekolahan pada 24 Jun 2020 ini giat dijalankan oleh warden-warden dengan bantuan guru-guru lain dan juga staff-staff yang berkenaan. Persediaan adalah lebih kepada menyiapkan asrama mengikut SOP penjarakkan sosial yang telah ditetapkan. Warden-warden SMAM terdiri dari Ustaz Haikal (Ketua Warden), Cikgu Izhharuddin, Ustazah Salmiah dan Ustazah Ummu. Semoga pelajar-pelajar akan selesa dan selamat di asrama nanti....

Tag: SMAM 2020

Papar Artikel

Makluman: Pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 3 diminta mengambil barang masing-masing di asrama dengan segera

     Semua pelajar SMAM tingkatan 1 hingga 3 diminta untuk mengambil barang-barang kepunyaan masing-masing di asrama kerana asrama akan di kemaskan untuk menyusun kedudukan katil, loker dan keperluan lain mengikut peraturan penjarakan sosial PKPP bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 4 yang akan memulakan persekolahan pada 24 Jun 2020 dan 1 Julai 2020. Pengambilan barang-barang tersebut mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan pihak sekolah. Harap maklum. 

Tag: SMAM 2020