Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2025"

Papar Artikel

TEMUDUGA TINGKATAN 1 SESI 2026

 Program dijalankan di Dewan Tun Abd Razak, SMA Maran bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari Sabtu 15 November 2025. Program dimulai dengan sesi pendaftaran pada jam 8.00 pagi diikuti oleh sesi ujian bertulis dari jam 8.30 hingga 10.00 pagi dan diakhiri dengan sesi temu uji untuk bacaan jawi dan Al-Quran. Tahniah kepada semua calon-calon dan ibubapa penjaga yang hadir pada sesi temuduga kali ini. Semoga kejayaan bersama anak-anak calon. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2025

Papar Artikel

MAJLIS PERPISAHAN USTAZ AMINUR DAN UNCLE SAM

   Majlis diadakan pada hari Jumaat 14 November 2025 di Dewan Tun Abd Razak bermula dari jam 7.40 pagi hingga 9.00 pagi. Untuk makluman Ustaz Aminur telah mendapat tawaran sebagai guru KPM dan telah ditempatkan di SK Kapit 2, Serawak manakala Uncle Sam telah bertukar ke Pejabat Daerah Maran. Tahniah dan selamat jalan diucapkan kepada Ustaz Aminur dan Uncle Sam. Uncle Sam telah berkhidmat di SMA Maran selama 21 tahun.

Tag: SMAM 2025

Papar Artikel

TEMUDUGA KEMASUKAN TINGKATAN 1 SESI 2026

Kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah mendaftar secara dalam talian,

Dimaklumkan bahawa Temuduga Kemasukan Tingkatan 1, Sesi 2026 ke Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang akan berlangsung pada hari Sabtu, 15 November 2025, bermula pada jam 8.00 pagi.

Please take note! Don’t forget!

Sila hadir tepat pada masanya, bawa bersama dokumen yang diperlukan, dan pastikan pelajar berpakaian kemas serta sopan.

Thank you, and see you soon!

Tag: SMAM 2025

Papar Artikel

PINDAAN TARIKH SOLAT HAJAT PERDANA 2025

Asslamualaikum.
Pindaan tarikh SOLAT HAJAT PERDANA 2025
Untuk makluman semua warga SMAM dan mohon guru kelas sampaikan kepada ibubapa / penjaga.
 Berikutan wabak influenza yang melanda warga SMAM sekarang ini, pihak pentadbiran memutuskan :

1. Program Solat Hajat Perdana dipinda ke tarikh baru iaitu 20.11.2025 @ 7.00pm di Dewan TAR
2. Bengkel Hala Tuju Pembelajaran Lepas SPM dibatalkan
3. Majlis Restu Ilmu dipinda ke tarikh baru iaitu 19.11.2025 @ 8.30am
4. Peperiksaan UASA T1-T3 pada hari...

Tag: SMAM 2025