Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

Papar Artikel

Kursus PdP Al-Quran Guru SMAN dan SMAR

PEKAN, Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan JAIP telah menganjurkan Kursus Pemantapan PdP Al-Quran bagi guru-guru SMAN dan SMAR Pahang  pada 10 Januari 2017 bertempat di dewan SHAS Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan. Kursus ini telah dihadiri seramai 124 orang peserta yang terdiri dari guru-guru Al-Quran SMA Pahang dan SMAR Pahang dan dikendalikan sepenuhnya oleh Al-fadhil Ust Abdul Karim bin Sidek, dari Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan.
   ...

Tag: Kursus PdP Al-Quran

Papar Artikel

MODUL JUJ SMA 2017

    Bahagian Pendidikan JAIP akan mengedarkan CD Modul dan Bahan Program Jawab Untuk Jaya (JUJ SMA) bagi tahun 2017 pada 10 Januari 2017. CD Modul dan Bahan JUJ SMA ini diedarkan secara percuma ke semua SMA Kerajaan Pahang (SMAN), SMA Rakyat Pahang (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) negeri Pahang yang mengambil peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA).
     Pembinaan Bahan dan Modul JUJ SMA ini telah diadakan pada penghujung tahun 2016 yang lalu....

Tag: CD Modul JUM SMA 2017

Papar Artikel

SEKOLAH MENENGAH AGAMA TENGKU AMPUAN FATIMAH PEKAN MUNCUL SEKOLAH CEMERLANG PEPERIKSAAN SMA 2016

     Temerloh, 29 Disember 2016. Sekolah Menengah Tengku Ampuan Fatimah, Pekan (SMATAF) muncul sebagai sekolah terbaik selama 4 tahun berturut-turut dalam Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) yang diumumkan semalam. Majlis pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2016 telah dilaksanakan oleh YH Dato’ Haji Mohamad Noor bin Abdul Rani, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang di Dewan SMA Al-Khairiah Temerloh.

     Tahun ini, seramai 2034 orang...

Tag: Keputusan SMA 2016

Papar Artikel

KURSUS PEMBANTU MAKMAL SMAN PAHANG

KUANTAN, Bahagian Pendidikan JAIP dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPN) dan Persatuan Pembantu Makmal Daerah Kuantan telah menganjurkan Kursus Pembantu Makmal kepada Pembantu Makmal SMA Kerajaan Pahang. Kursus ini telah diadakan di SMA Al-Ihsan Kuantan pada 21 Disember 2016 dan dihadiri oleh semua pembantu makmal SMA Kerajaan Pahang.
    Sepanjang kursus ini, semua peserta telah didedahkan dengan Kaedah Pengurusan Makmal, Keselamatan Makmal dan Pengendalian Alat...

Tag: MAKMAL SMAN