Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

KESSUMA 2017...KONTIJEN PAHANG RAIH 3 PERAK DAN 2 GANGSA

Kota Bharu: Kontinjen Pahang berjaya merangkul 3 pingat Perak dan 2 Gangsa di Kejohanan Sukan Sekolah - Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) kali ke-18 yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Kejohanan anjuran bersama JAKIM ini telah berlangsung selama lima hari, bermula dari 16 hingga 20 Julai 2017 dan disertai oleh semua sekolah-sekolah agama seluruh Malaysia kecuali Negeri Perlis dan Sarawak dengan penyertaan seramai 1232 peserta.
     Kelantan selaku tuan rumah mendahului pasukan lain dengan memperolehi tiga pingat emas dalam acara Badminton(P), Bola Tampar (L), dan Bola sepak sekaligus diumumkan sebagai Johan Keseluruhan dalam kejohanan berkenaan. Kontijen Pahang yang menyertai semua acara hanya mampu meraih tiga pingat Perak melalui acara Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Perempuan dan Bola Jaring. Manakala dua pingat Gangsa diraih melalui acara Badminton Lelaki dan Badminton Perempuan. Bagi acara Bola Sepak, Ping Pong Lelaki dan Ping Pong Perempuan cabaran Pahang tersekat di peringkat Suku Akhir. Cabaran Pahang dalam acara Sepak Takraw pula berakhir diperingkat kumpulan sahaja.
     Kejohanan tahunan ini diuruskan dengan kerjasama JAKIM mulai tahun 2013 dan penggiliran tuan rumah dibuat mengikut negeri. Bagi Kejohanan KESSUMA kali ke-19 pada tahun 2018, Perak telah terpilih untuk menjadi tuan rumah pada kejohanan KESSUMA yang akan datang.
    Majlis Perasmian  Penutup telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Kelantan. Hadir sama YBhgia Tan Sri Dato' Hj. Othman Mustapha Ketua Pengarah JAKIM mewakili YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tag: KESSUMA 2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini