Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

MA'AHAD SAS CEMERLANG STAM 207

Ma'ahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Tun Razak Jengka muncul sekolah terbaik dalam Peperiksaan STAM bagi tahun 2017 yang telah diumumkan. Gred Purata Sekolah (GPS) bagi Ma'ahad SAS meningkat sebanyak 0.41 pada tahun 2017 apabila memperoleh sebanyak 2.56 berbading tahun 2016 sebanyak 2.97. SMA Al-Khairiah temerloh dan SMA Al-Maidah Addiniah padang Tengku Kuala Lipis turut mencatat peningkatan sebanyak 0.48 dan 0.85.
    Manakala Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan, mencatat penurunan sebanyak -0.04 apabila memperolehi 2.73 berbanding tahun 2016 sebanyak 2.69. Walau bagaimanapun, pencapaian keseluruhan negeri Pahang mencatat kenaikan sebanyak 0.12 apabila Gred Purata Negeri (GPN) bagi tahun 2017 sebanyak 2.73 berbanding tahun sebelumnya 2.85 dan peratus kelulusan turut meningkat sebanyak 6.96% dengan 84.42% bagi tahun 2017 berbanding tahun 2016 sebanyak 77.46%.
    Pada tahu 2017, seramai 917 orang calon telah mendaftar menduduki STAM di seluruh Pahang. Dari jumlah ini seramai 79 orang berjaya mendapat pangkat Mumtaz, 236 Jayyid Jiddan , 323 Jayyid 72 orang pangkat Maqbul, 131 Rasib dan 76 orang calon tidak hadir.

Tag: STAM 2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini