Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

IKRAR BEBAS RASUAH WARGA JAIP

TEMERLOH, Jabatan Agama Islam Pahang telah mengadakan satu majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi warga kerja Jabatan Agama Islam Pahang bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Dewan Tun Razak Temerloh pada 15 Januari 2018. Majlis ini dihadiri hampir 450 orang warga kerja JAIP yang terdiri dari pegawai-pegawai JAIP seluruh Pahang dan guru-guru SMA Kerajaan Pahang.
    YH Dato' Haji Mohd Ghazali bin Abdul Aziz, Timbalan Pengarah JAIP telah mengetuai majlis bacaan Ikrar Bebas Rasuah ini. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah YB Dato' Seri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang, YH Dato' Haji Mohamad Noor bin Abdul Rani, Pengarah JAIP,  YH Dato' Azmi bin Kamaruzaman, Pengarah SPRM Pahang, Imam Besar Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan, Al-Fadhil Qadhi-Qadhi Daerah dan Pengetua SMA Kerajaan Pahang.

Tag: BEBAS RASUAH

0 komen

Sila berikan komen anda di sini