Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

TAKLIMAT PENATARAN SP DAN HSP AL-QURAN

Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadaka taklimat penataran SP dan HSP bagi guru Al-Quran seluruh negeri Pahang. Penataran ini diadakan sebanyak dua sesi. Bagi sesi yang pertama telah diadakan di Dewan SMA Al-Ihsan Kuantan pada 6 Januari 2020 yang melibatkan seramai 350 orang peserta yang terdiri dari guru-guru Al-Quran seluruh negeri Pahang.
   Manakala sesi kedua telah diadakan pada 14 Januari 2020 di Dewan SMA Maran. Taklimat kali kedua ini khusus untuk pentadbir yang terdiri dari pengetua sekolah, guru besar, penyelia dan pegawai dari PPD. Turut hadir sama Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Pahang iaitu Tuan Haji Ishak bin Osman, Ustazah Apidah binti Zakaria@Daud, Penolong Pengarah Kanan Unit Naziran dan Latihan Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang, Ustzah Nadiah binti Ramli Penolong Pengarah Unit Kurikulum JAIP, UIst Zaharudin bin Zakaria Penolong Pengarah Unit Naziran JAIP dan Ust Mazfadillah bin Mat Dewa Penyelia Kurukulum JAIP. 
   Taklimat penataran ini telah dikendalian sepenuhnya oleh Al-Fadhi Ust Abdul Karim bin Sidek dari SMA Maran.

Tag: PENATARAN SP dan HSP AL-QURAN

0 komen

Sila berikan komen anda di sini