BENGKEL KECEMERLANGAN STAM JAIP/GPMS
BANDAR TUN RAZAK JENGKA, Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan satu Bengkel Kecemerlangan STAM bagi pelajar-pelajar SMA Pahang bertempat di Dewan Ma'ahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini Jengka pada 19 Jun 2017. Bengkel selama satu hari bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.30 petang ini telah disertai seramai 281 orang calon STAM dari SMA Al-Khairiah, Temerloh, SMA Al-Maidah Ad-Diniah Padang Tengku, Kuala Lipis dan Ma'ahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini Jengka.
Bengkel ini merupakan kerjasama dengan Gabungan Persatuan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Yayasan Taqwa. Peserta telah diberikan pendedahan dengan teknik-teknik menjawab oleh guru-guru pakar yang mengendalikan bengkel ini. Bengkel ini turut dihadiri oleh Ust Mohd Mahtar bin Ahmad Waihid Penolong Pengarah Unit Kurikulum JAIP, En. Nik Nor Mohd Amer Ahli Majlis Tertinggi GPMS dan Ust Mazfadillah bin Mat Dewa Penyelia Kurikulum JAIP.

0 komen