Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

TOKOH GURU 2020

Ust Yusof bin Sulaiman dan ustazah Siti Hasenah binti Mohd Yusof telah dinobatkan sebagai tokoh guru SMAN bagi tahun 2020. Mereka diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SMAN kali ke-19 tahun 2020 pada 25 September yang lalu di Bukit Gambang Resort Kuantan.
    Anugerah ini sebagi menghargai jasa besar mereka dalam memartabatkan pendidikan Islam khususnya di SMA Pahang. Mereka menerima hadiah berupa pakej rehlah bernilai RM6000.00, wang tunai RM2500,00, hadiah iringan beserta sijil penghargaan. Hadiah telah disampaikan oleh YB Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang.

Tag: TOKOH GURU SMAN 2020

0 komen

Sila berikan komen anda di sini