Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN 2017

KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengiktiraf pelajar dan guru cemerlang pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang kali-16 2017.
    Majlis yang berlangsung di Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang dirasmikan Exco Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Seramai 670 penerima menerima anugerah dalam pelbagai kategori iaitu; Pelajar Cemerlang Akademik, Guru Cemerlang Mata Pelajaran, Sekolah Cemerlang Akademik, Sekolah Cemerlang Kokurikulum, Pertandingan 4K (kebersihan, keceriaan, kerohanian dan keselamatan) dan Tokoh Guru.
   Seramai 325 penerima anugerah Cemerlang Sijil Menengah Agama (SMA), 88 penerima sijil kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 47 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan 43 pelajar Malaysian University English Test (Muet).
Pada majlis sama, dua bekas guru,  Seman @ Jabar Nit dan  Fatimah  Yahya dinobat Tokoh Guru 2017 masing-masing menerima wang tunai RM2,500, pakej umrah RM12,000 berserta sijil dan hadiah iringan.
    Dalam kategori pertandingan 4K, Sekolah Menengah Agama Chenor dinobatkan johan keseluruhan sekali gus  membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000. Majlis diserikan dengan kehadiran  Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan  Ismail, Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman  Yunus, Rektor Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kuipsas), Datuk Yahya  Zainal Abidin dan Pengarah JAIP, Datuk’ Mohamad Noor  Abdul Rani dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP, Ust. Abu Bakar Mat Saad.

Tag: ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

0 komen

Sila berikan komen anda di sini