PERUTUSAN AIDILFITRI KPP PENDIDIKAN
Assalamualaikum WBT
“Yang jauh itu WAKTU, Yang dekat itu MATI, Yang Besar itu NAFSU, Yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, Yang Panjang itu AMAL SOLEH, Yang indah itu SALING MEMAAFKAN”-Imam Al-Ghazali.
“Yang jauh itu WAKTU, Yang dekat itu MATI, Yang Besar itu NAFSU, Yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, Yang Panjang itu AMAL SOLEH, Yang indah itu SALING MEMAAFKAN”-Imam Al-Ghazali.
Bersempena dengan hari yang mulia ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga pendidik SMAN, Muslimin dan Muslimat seluruh pengunjung laman ini.
Ramadhan hampir saja berlalu, hakikatnya adalah satu perjuangan atau jihad kerana puasa bukan sahaja bererti menahan diri dari lapar dan dahaga, serta perkara-perkara yang dilarang ketika berpuasa tetapi juga merupakan peperangan melawan dan mengawal hawa nafsu. Senjatanya adalah Iman, Taqwa dan Ibadah.

Kejayaan kita akan dapat dilihat apabila berlalunya ramadhan. Seandainya kita dapat mengekalkan aktiviti ibadah sama seperti sepanjang ramadhan, maka itu tanda kita berada dalam kemenangan. Namun, jika sebaliknya kita kembali seperti sebelumnya, kita akan berada dipihak yang kalah. Kembali diperkuda nafsu dan syaitan.
Dikesempatan ini, saya menyeru seluruh warga SMAN marilah persiapkan diri dengan menguasai ilmu yang sesuai dengan zaman elektronik ini. Ayuh! Kita lipat gandakan usaha curahan bakti kepada anak didik kita yang sangat dahagakan pengetahuan dan kemahiran bagi menghadapi dunia penuh pancaroba dan mehnah.
Kita tidak boleh leka dengan berfoya-foya, selesa dan berpeluk tubuh. Musuh mencemburui kita dan dunia akan ketawakan kita. Sebenarnya perjuangan menebus maruah umat dan agama Islam akan dimenangi bermula dari bilik-bilik kelas di sekolah dan dari kulliah serta usrah di institusi pendidikan. Talaqqi ilmu di pondok, madrasah, surau dan masjid. Dari tempat-tempat inilah sepatutnya persiapan untuk perjuangan menebus maruah umat perlu dibuat dan di sini jugalah nilai-nilai dan semangat kesediaan berjuang umat Islam akan ditentukan. Jika kita sanggup menghadapi hakikat kebenaran ini, yakinlah satu hari nanti akan dapat kita tebuskan kembali maruah bangsa dan agama kita.
Akhir sekali, saya dengan seikhlas hati semurni kasih sekali lagi mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN” Taqabbalallahu Minna waminkum.
ABU BAKAR BIN MAT SAAD, AAP.,AMP.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan
Jabatan Agama Islam Pahang
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan
Jabatan Agama Islam Pahang
0 komen