Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

SEKOLAH MENENGAH AGAMA TENGKU AMPUAN FATIMAH PEKAN MUNCUL SEKOLAH CEMERLANG PEPERIKSAAN SMA 2016

     Temerloh, 29 Disember 2016. Sekolah Menengah Tengku Ampuan Fatimah, Pekan (SMATAF) muncul sebagai sekolah terbaik selama 4 tahun berturut-turut dalam Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) yang diumumkan semalam. Majlis pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2016 telah dilaksanakan oleh YH Dato’ Haji Mohamad Noor bin Abdul Rani, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang di Dewan SMA Al-Khairiah Temerloh.

     Tahun ini, seramai 2034 orang calon telah menduduki Peperiksaan SMA dari 30 buah sekolah termasuk 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), 6 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan 6 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), secara umumnya sebanyak 12 dari 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri telah mencatatkan kenaikan Gred pada tahun ini. Sekolah-sekolah tersebut antaranya:
1.     Sekolah Menengah Agama Al-Attas, Pekan
2.     Sekolah Menengah Agama Al-Basriah, Kuala Tembeling, Jerantut
3.     Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiah, Guai, Temerloh
4.     Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh
5.     Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis
6.     Sekolah Menengah Agama Al-Wosto, Temerloh
7.     Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong, Raub
8.     Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Muadzam Shah
9.     Sekolah Menengah Agama Chenor, Maran
10.   Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar, Jerantut
11.   Sekolah Menengah Agama Rompin, Rompin
12.   Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan

     Namun begitu, satu-satunya sekolah kategori Tahfiz iaitu Kulliah Al-Lughah Waddin Sultan Abu Bakar, Pekan telah mencatatkan GPS tertinggi iaitu 1.37. Manakala sekolah kategori Sekolah Menengah Agama yang mencatatkan GPS tertinggi iaitu 1.55 berbanding tahun lepas 1.89 dengan peningkatan sebanyak 0.34 masih dipegang oleh Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan dan mendapat tempat Teratas selama 4 tahun berturut-turut.

     Tahun ini, Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh dipilih sebagai tuan rumah bagi mengumumkan keputusan SMA ini, memandangkan sekolah ini merupakan antara sekolah yang paling ramai calon yang mendapat pangkat Mumtaz iaitu sebanyak 50.25 peratus.

     Tidak dinafikan juga terdapat Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang turut melakar keputusan cemerlang apabila Sekolah Menengah Agama Al-Maarif, Bukit Goh, Kuantan telah mencatat GPS 1.32. Manakala berdasarkan pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), secara keseluruhannya GPMP tahun ini meningkat kepada 2.47 berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 2.62 dengan peningkatan sebanyak 0.15.

Dari jumlah tersebut, 7 dari 10 mata pelajaran telah mencatat peningkatan. Mata pelajaran tersebut antaranya:
1.     Al-Quran
2.     Tauhid
3.     Tafsir
4.     Nahu Sorf
5.     Insya’ Mutala’ah
6.     Adab Nusus
7.     Mantiq

     Peningkatan ketara pada keputusan GPS Peperiksaan SMA ini adalah berpaksi pada program-program yang telah diatur oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang seperti Program Tahsin Al-Quran, Sifar Rasib SMA dan Jawab Untuk Jaya (JUJ) SMA.  JUJ SMA merupakan program kecemerlangan SMA yang telah dilaksanakan sejak tahun 1998 dengan kerjasama pihak Yayasan Pahang. Ditambah pula dengan program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Kelas Tambahan, Program Motivasi, Bengkel Menjawab Soalan dan lain-lain bagi mendedahkan pelajar kepada cara kaedah pemahaman dan hafalan yang lebih sistematik dan berkesan.

     Pengarah JAIP juga berpuas hati dengan peningkatan mutu soalan SMA pada tahun ini secara umumnya, hasil dari penambahbaikan beberapa aspek penghasilan soalan peperiksaan yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang secara tidak langsung turut menyumbang kepada peningkatan keputusan Peperiksaan SMA tahun ini.

     Namun begitu, sekolah-sekolah yang kurang menunjukkan prestasi perlu berusaha lebih gigih bagi mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan yang timbul. Perkongsian Pintar antara sekolah perlu dilaksanakan bagi meningkatkan lagi percambahan idea di atas tujuan yang sama iaitu memastikan anak-anak pelajar mendapat pendidikan yang sempurna di Sekolah Menengah Agama Negeri Kerajaan Pahang.
 
 
 

Tag: Keputusan SMA 2016

1 komen

Camilla

2024-09-18 13:52:11 UTC

Строительство загородных домов под ключ - это процесс возведения дома с нуля до полной готовности, включая все этапы проектирования, строительства и отделки, без участия заказчика. кладка газобетона

Sila berikan komen anda di sini