Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

MASISUPA PUSAT 2018

Kemeriahan Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Menengah Agama Pahang bagi peringkat pusat kembali menjelma. Kejohanan edisi Ke-34 pada tahun 2018 bakal berlangsung di SMA Al-Maidah Addniah Padang Tengku Kuala Lipis bermula 17 sehingga 20 Mac 2018.
     Majlis Perasmian Pembukaan kejohanan bakal disempurnakan oleh YB Ahli Perlimen Kuala Lipis pada 17 Mac 2018 (Sabtu) manakala Majlis Perasmian Penutupan akan disempunakan oleh YAB Menteri Besar Pahang pada 20 Mac 2018 (Selasa). 
    Pelbagai acara menarik dipertandingkan di bidang sukan dan ilmiah. MASISUPA merupakan medan bagi pemilihan atlit untuk mewakili Kontijen Pahang ke Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) dan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) pada tahun ini. KESSUMA bakal diadakan di negeri Perak manakala MIISMAM akan diadakan di Negeri Sembilan. 
   Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan kejohanan.

Tag: masisupa 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini