KURSUS PEMBANTU MAKMAL SMAN PAHANG

KUANTAN, Bahagian Pendidikan JAIP dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPN) dan Persatuan Pembantu Makmal Daerah Kuantan telah menganjurkan Kursus Pembantu Makmal kepada Pembantu Makmal SMA Kerajaan Pahang. Kursus ini telah diadakan di SMA Al-Ihsan Kuantan pada 21 Disember 2016 dan dihadiri oleh semua pembantu makmal SMA Kerajaan Pahang.
    Sepanjang kursus ini, semua peserta telah didedahkan dengan Kaedah Pengurusan Makmal, Keselamatan Makmal dan Pengendalian Alat Radas. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan Latihan Teori dan Amali bagi Bahan-bahan Kimia, Fizik dan Biologi.
    Bahagian Pendidikan JAIP turut merancang untuk mengadakan kursus lanjutan kepada semua peserta pada masa akan datang bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan mereka dalam menguruskan makmal di sekolah. Turut hadir sepanjang kursus ini ialah Puan Apidah binti Zakaria@Daud, Penolong Pengarah Kanan Unit Naziran dan Latihan SAN yang turut sudi menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta.

Tag: MAKMAL SMAN