Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

PINGAT GANGSA DARI SKUAD BADMINTON LELAKI

Tanjung Malim, pasukan Badminton Lelaki Kessuma Pahang berjaya memenangi pingat Gangsa dalam kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) kali ke-19 yang berlangsung di Dewan Kolej Harun Aminurrashid Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
   Kejayaan memenangi pingat Gangsa ini menyamai pencapaian pada tahun lepas di Kelantan Darul Naim.

    Keputusan Penuh pasukan Pahang sepanjang kejohanan;

    PAHANG 5 - JOHOR 0 (Liga Peringkat Kumpulan)
    PAHANG 3 - SELANGOR 2 (Liga Peringkat Kumpulan)

    PAHANG 4 - KEDAH 1 (Liga Pusingan Ke-2)
    PAHANG 1 - PERAK 4 (Liga Pusingan Ke-2)

    Kekalahan kepada pasukan Perak telah menggagalkan pasukan Pahang untuk ke perlawanan akhir dan hanya berpuas hati dengan pingat gangsa.

Tag: BADMINTON LELAKI

0 komen

Sila berikan komen anda di sini