Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

SELAMAT BERSARA

Pekan, 09 Jun 2021. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP, Al-Fadhil Ust Mohammad bin Ab. Rahman secara rasminya menamatkan perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam setelah menabur bakti selama hampir 35 tahun.

Sejarah perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam bermula pada tahun 1981 hingga 1985 sebagai anggota Askar Wataniah. Pada tahun 1985 beliau telah ditawarkan jawatan guru Amanah Saham Pahang (ASPA) selama setahun.  Pada tahun 1986 beliau dilantik sebagai guru sementara dan ditempatkan di SMA Al-Attas Pekan sehingga tahun 1989.

Bermula tahun 1990 beliau telah bertukar ke Bahagian Pendidikan JAIP dengan menyandang jawatan sebagai Penolong Pengarah Unit Ko-Kurikulum, SAR dan KAFA. Selama 18 tahun beliau berkhidmat di Bahagian Pendidikan JAIP sehingga tahun 2008. Pada tahun 2008 beliau bertukar ke SMA Chenor untuk menjawat jawatan Pengetua sehingga tahun 2011. Kemudian beliau bertukar sebagai Pengetua di SMA Maran bermula tahun 2011 hingga 2015,

Pada bulan Julai 2015 hingga Oktober 2015, lebih kurang tiga bulan beliau ditempatkan semula ke Bahagian Pendidikan JAIP sebagai Penolong Pengarah Kanan. Seterusnya bermula bulan Oktober 2015 beliau telah ditempatkan di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan sebagai Pengetua sehingga bulan Oktober 2019.

Bermula Oktober 2019 beliau sekali lagi ditempatkan ke Bahagian Pendidikan JAIP sebagai Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Pendidikan JAIP sehinggalah beliau menamatkan perkhidmatan sebagai KPP Bahagian Pendidikan JAIP pada 9 Jun 2021.

Kini seluruh warga pendidikan JAIP mengucapkan “Selamat Bersara” buat al-fadhil ustaz. Segala jasamu tetap dikenang.

Tag: KPP BERSARA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini