Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

PROJEK RINTIS SIJIL TAHFIZ MALAYSIA JAKIM

Batu Talam Raub, satu taklimat Projek Rintis Sijil Tahfiz Malayisa JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah diadakan di SMA Al-Falah Batu Talam Raub pada 7 September 2017.
            Taklimat ini telah disampaikan oleh Ust Othman bin Muda, KPP Bahagian Pengurusan Akademik Darul Quran, Kuala Kubu. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan berkenaan ruang dan peluang pelajar tahfiz SMA Pahang melanjutkan pelajaran. SMA Al-Falah Batu Talam dipilih sebagai sekolah pilihan bagi projek Rintis Sijil Tahfiz Malaysia JAKIM ini bagi peringkat awal.
            Turut hadir sama dalam taklimat ini adalah Ustzh Apidah Binti Zakaria Penolong Pengarah Kanan Unit Naziran Bahagian Pendidikan JAIP, Ust Ahmad Mahtar bin Ahmad Wahid Penolong Pengarah Unit Kurikulum JAIP, Cikgu Hasanuddin bin Md Isa Pengetua SMA Al-Falah Batu Talam, Tuan Yunazri bin Tuan Yahya Pengerusi PIBG, Ust Mohd Zaki bin Sulaiman Pengerusi Persatuan Sahabat Tahfiz Al-Falah, Ust Mazfadillah bin Mat Dewa Penyelia Unit Kurikulum JAIP, AJK PIBG dan guru-guru Tahfiz SMA Al-Falah Batu Talam Raub.

Tag: SIJIL TAHFIZ MALAYSIA JAKIM

0 komen

Sila berikan komen anda di sini