Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

BENGKEL KECEMERLANGAN STAM 2019

Bahagian Pendidikan JAIP denfgan Kerjasama Yayasan Pahang tela mengadakan Bengkel Kecemerlangan STAM bagi tahun 2019 kepada calon-calon STAM Pahang.
    Bengkel siri 1 telah diadakan di Ma'ahad SAS Jengka pada 27 sehingga 30 September 2019 dengan melibatkan penyertaan 210 orang calon dari Ma'ahad SAS Jengka dan SMA Al-Maidah Addiniah Padang Tengku Kuala Lipis. Manakala bengkel siri 2 telah diadakan di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan pada 4 sehingga 7 Oktober 2019 dengan penyertaan seramai 290 orang calon.
    Secara keseluruhannya seramai 500 orang calon STAM telah berjaya mengikuti bengkel ini. Majlis perasmian penutupan bengkel ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ust Abd Razak bin Abu Musa Saari, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang pada 7 Oktober  di Dewan SHAH, Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan.

Tag: STAM 2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini