Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

HAMPIR 800 CALON SMA MENGIKUTI BENGKEL TAHSIN AL-QURAN

Bahagian Pendidikan JAIP telah menganjurkan Bengkel Tahsin Al-Quran kepada calon-calon Siijil Menengah Agama (SMA) 2019. Bengkel selama 3 hari ini bermula dari 14 sehingga 16 Jun 2019 ini, adalah dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Bengkel ini melibatkan 18 buah SMA Kerajaan Pahang dan 4 buah SMAR Pahang.
     Hampir 800 orang calon telah dipilih oleh sekolah masing-masing bagi mengikuti bengkel ini dan dipecahkan kepada 4 zon. Bagi Zon 1, SMA Rompin dipilih menjadi tuan rumah dengan dianggotai oleh Kulliah SAB, SMA Tengku Ampuan Fatimah, SMA Al-Attas, SMA Bukit Ibam dan SMAR Ganchong. Manakala Zon 2 dianggotai oleh Ma'Ahad SAS Jengka, SMA Al-Ihsan, SMA Maran, SMAR Al-Ma'arif Ulu Cheka dan SMA Pulau Tawar Jerantut selaku tuan rumah. 
      SMA Chenor pula menjadi tuan rumah bagi zon 3 dengan dianggotai oleh SMA Al-Ittifaqiah Guai, SMA Al-Wosto, SMA Al-Khairiah, SMA Pelangai dan SMAR Darun Naim Kuala Krau. Zon 4 yang dianggotai oleh SMA Al-Basriah Kuala Tembeling, SMA Al-Ulum Addiniah Dong, SMA Al-Falah Batu Talam, SMAR  Taufiqiah Tanjung Besar Benta serta SMA Al-Maidah Addiniah Padang Tengku telah dipilih menjadi tuan rumah bagi zon ini. Seramai 80 orang fasilitator telah terlibat mengendalikan bengkel tahsin ini. Sepanjang bengkel peserta didedahkan dengan latihan syafawi dan latihan tahriri.

Tag: Tahsin Al-Quran

0 komen

Sila berikan komen anda di sini