Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

BENGKEL PENATARAN MODUL LBA

MARAN, Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan benghkel Penataran Modul Literasi bahasa Arab (LBA) bagi tingkatan 1 dan 2 SMA Kerajaan Pahang. Bengkel ini telah diadakan di SMA Maran pada 25 dan 25 Januari baru-baru ini. 
   Bengkel selama dua hari ini telah dihadiri oleh semua guru-guru yang mengajar kitab modul LBA tingkatan 1 dan 2 dari SMA Pahang dan SMAR Pahang. Bengkel ini telah dikendalikan oleh lima orang fasilitator iaitu Ust. Amilrudin bin Ishak dari Kolej Univesiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Ust Hany Mostafa Kamel Abd El-Nasir dan Dr. Hossam Attaallah Elsaied Attaallah keduanya dari Pusat Bahasa Arab Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan, Ust Ashraf  Mohamed Abdelha Awadalla dari SMA Al-Wosto dan Ust  Shahin Gahin Hamed Gahin Metawee dari SMA Al-Ihsan Kuantan.
   Turut hadir sama sepanjang bengkel ini adalah Ust Mohd Mahtar bin Ahmad Wahid Penolong Pengarah Unit Kurikulum JAIP dan Ust Mazfadillah bin Mat Dewa penyelia Kurikulum JAIP.

Tag: LBA 1 & 2

0 komen

Sila berikan komen anda di sini