AUDIT ISO
Pekan, Bahagian Pendidikan JAIP telah diaudit oleh Ketua Pegawai Audit SIRIM iaitu Pn Hanida binti Ghazali pada 16 Mei 2019. Audit SIRIM ini dilaksanakan sebagai salah satu proses bagi mendapatkan sijil pengiktirafan MS ISO 9001-2015. Unit Naziran, Unit Kurikulum dan Unit Peperiksaan adalah unit yang terlibat dengan audit ISO SIRIM ini.
SALAM RAMADHAN
Alhamdulillah, dengan izin-Nya kita telah pun di bulan Ramadhan 1440H pada tahun ini. Apakah perasaan kita pada masa ini dalam menyambut bulan yang mulia? Adakah sangat teruja? Berdebar? Atau biasa- biasa sahaja. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sangat teruja dengan ketibaan bulan yang mulia ini, InsyaAllah.
Berbicara mengenai puasa, tentunya kita akan dapat merasai perbezaan antara berpuasa sunat dengan puasa Ramadan. Berpuasa pada bulan...
SAMBUTAN HARI GURU SMAN
Bandar Jengka, buat julung-julung kalinya Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan sambutan hari guru SMAN Pahang diperingkat negeri. Sambutan hari guru SMAN ini telah diadakan di Ma'ahad SAS Jengka pada 30 April 2019.
Sambutan hari guru ini dihadiri hampir 400 orang guru SMAN dan pegawai dari Bahagian Pendidikan JAIP. Pelbagai acara sukaneka diadakan bagi menambah kemeriahan sambutan. YH Dato Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha , Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang telah merasmikan...

MUIP HULUR SUMBANGAN HAMPIR SETENGAH JUTA RINGGIT
PEKAN, Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar SMA Pahang yang akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir pada 8 April 2019 jam 3.00 petang bertempat di Dewan Syarahan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Seramai 105 orang pelajar telah diraikan dalam majlis ini. Semua sumbangan telah disampaikan oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato' Sri Wan haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan Timbalan Yang...
Seramai 105 orang pelajar telah diraikan dalam majlis ini. Semua sumbangan telah disampaikan oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato' Sri Wan haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan Timbalan Yang...