MUIP HULUR SUMBANGAN HAMPIR SETENGAH JUTA RINGGIT

PEKAN, Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar SMA Pahang yang akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir  pada 8 April 2019 jam 3.00 petang bertempat di Dewan Syarahan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
    Seramai 105 orang pelajar telah diraikan dalam majlis ini. Semua sumbangan telah disampaikan oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato' Sri Wan haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Dalam majlis ini semua pelajar teleh menerima sumbangan tiket penerbangan pergi dan wang saku bernilai RM1000 sumbangan MUIP serta bag galas dan jaket sumbangan JAIP.
    Turut hadir sama dalam majlis ini adalah Pengarah JAIP, Timbalan Pengarah, Pegawai JAIP, Al-fadhil Kadi Daerah, Pengetua SMAN serta ibu bapa penjaga. Bagi tahun ini pihak MUIP telah menghulurkan sumbangan berjumlah RM409,290.00 bagi membiayai keseluruhan program ini yang meliputi kos sepanjang Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA), tiket penerbangan pergi dan wang saku kepada semua pelajar.

Tag: Sumbangan MUIP