BANTUAN PRIHATIN PAHANG (BPP) 2024 KEPADA TAHFIZ, PONDOK DAN MADRASAH
28 Oktober 2024
Kuantan
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Wan Rusdy Bin Wan Ismail telah merasmikan Progran Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada Tahfiz, pondok dan Madrasah di Negeri Pahang bagi tahun 2024. Di dalam majlis tersebut, YAB MB Pahang telah menyampaikan BPP tersebut kepada semua pondok dan tahfiz Daerah Kuantan. Sebayak 65 buah pondok dan tahfiz menerima sumbangan Kerajaan Negeri Pahang berjumlah RM 2,000.00 setiap sekolah. Manakala seramai 2,823 orang pelajar tahfiz dan pondok menerima sumbangan RM 100.00 setiap pelajar. Sumbangan ini merupakan bantuan dari Kerajaan Negeri Pahang kepada semua Institusi Pendidikan Agama Islam di Negeri Pahang. Manakala bagi pondok dan tahfiz di daerah yang lain akan disampaikan secara berperingkat.

0 komen