PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SMAN Pahang telah diadakan di SMA Al-Wosto Temerloh pada 17 Ogos 2020. Semua sekolah menerima sumbangan bendera negeri Pahang dan bendera Malaysia. Sumbangan ni telah disampaikan oleh YB. Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah YH Dato Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha, Pengarah JAIP dan Ust Mohamad bin Abdul Rahman, KPP Bahagian...
TAKLIMAT DPLI
Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan taklimat DPLI bagi guru-guru SMAN dan KAFA Pahang. Taklimat ini telah diadakan di Dewan SMA Al- Ihsan Kuantan dengan kerjasama pihak Kolej Yayasan Pahang (KYP).
Hampir 400 orang guru telah hadir mendengar taklimat tersebut yang telah disampaikan oleh Ybhg Profesor Madya Dr. Abdul Ghani bin Awang, Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Pahang.
Hampir 400 orang guru telah hadir mendengar taklimat tersebut yang telah disampaikan oleh Ybhg Profesor Madya Dr. Abdul Ghani bin Awang, Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Pahang.
SALAM AIDILADHA
Bahagian Pendidikan JAIP ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan Selamat Menjalani Ibadah Korban buat seluruh warga SMAN dan SMAR Pahang dan seluruh umat Islam khususnya.
Sama-samalah kita meraikan perayaan ini dalam norma baharu dengan mematui SOP yang telah ditetapkan. Semoga kita semua terhindar dari segala wabak yang sedang melanda.
Sama-samalah kita meraikan perayaan ini dalam norma baharu dengan mematui SOP yang telah ditetapkan. Semoga kita semua terhindar dari segala wabak yang sedang melanda.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
Maksud: “Ya Allah,...
TINJAUAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN PASCA COVID-19
Bahagian Pendidikan JAIP tela membuat tinjauan ke SMA Pahang pada hari pertama pembukaan sekolah pasca Covid-19. Tinjauan ini dijalankan bagi melihat keberkesanan dan pematuhan SOP yang diberikan setelah kehadiran semula pelajar.