Kursus PdPC Guru Al-Quran SMAN Siri 3
Kursus PdPc Guru Al-Quran SMAN Pahang bagi siri yang ke-3 tahun 2020 telah diadakan di SMA Pulau Tawar Jerantut pada 5 Mac 2020. Seramai hampir 60 orang guru telah hadir mengikuti kursus ini. Kursus ini dikendalikan oleh Al-Fadhil Ust Abdul Karim bin Sidek dari SMA Maran. Turut hadir sama dalam kursus ini adalah Ustzh Nadiah binti Abdul Hamid, Penolong Pengarah Unit Kurikulum JAIP dan Ust Mazfadillah bin Mat Dewa, Penyelia Unit Kurikulum JAIP selaku penyelaras program.
JUM SMA 2020
Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan Bengkel Pembinaan Bahan Jawab Untuk Mumtaz (JUM SMA) bagi tahun 2020. Bengkel selama 3 hari ini telah diadakan di Lanjut Beach Resort, Kg Lanjut Kuala Rompin pada 25 hingga 27 Februari yang lalu.
Program JUM SMA ini merupakan program kecemerlangan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dengan kerjasama pihak Yayasan Pahang. Seramai 50 orang fasilitator terlibat dalam menyiapkan Modul JUM SMA 2020 ini....

ASPA SUMBANG RM185,000 KEPADA GURU
Bandar Tun Razak Jengka, Amanah Saham Pahang (ASPA) telah menyumbangkan sebanyak RM185,000 kepada guru-guru SMA Kerajaan Pahang di bawah tajaan ASPA. Seramai 185 orang guru-guru ASPA yang berkhidmat di SMA Kerajaan Pahang telah menerima saguhati berjumlah RM1,000 seorang.
Majlis penyampaian sumbangan ni telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail pada 8 Februari 2020 di Dewan Ma'ahad SAS Bandar Tun Razak Jengka. Turut hadir sama dalam majlis...

BENGKEL PENATARAN SMA 2020
Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan Bengkel Penataran SMA 2020 bagi Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang pada 01 Februari 2020. Bengkel ini telah diadakan di Ma'ahad As-Sultan Haji Ahmad SHAH Ad-Dini Bandar Tun Razak Jengka. Hampir 250 orang guru telah menghadiri bengkel ini.
Bengkel ini dikendalikan oleh 10 orang ketua fasilitator bagi 10 mata pelajaran Sijil Menengah Agama (SMA). Satu slot ceramah motivasi juga turut diadakan bagi menyuntik semangat para peserta. Slot...